Bagi yg kurang arif dgn makanan kelantan, ni mungkin pertama kali korang nampak makanan ni. Nama samaran nya "sugha" (pronounce su - mcm susu- gha -mcm lara cuma biasa pelat klate ni "r" dia pekat sikit. Tu yg jadi "gha" mcm huruf "ghain" dalam huruf arab hijaiyyah) Nama yg lebih dikenali di negeri2 lain di Malaysia "Bubur Assyura" Haaa sekarang dah terjawab sikit persoalan kan amende lah makanan ni hehe. Cumanya bubur assyura di negeri2 lain adalah lebih seperti bubur lambuk i.e. bubur nasi yg di tambah daging, ayam, sayur2an dan kebiasaannya warnanya putih @ kelabu sedikit. Sugha atau bubur assyura di negeri kelantan agak berbeza kerana ia menggunakan lebih banyak rempah ratus dan lebih daging. Malah, ianya bukan sahaja di masak bersama2 di surau namun juga di masak oleh peniaga2 dan dijual ketika bulan muharram. Cuba lihat gambar tadi. Sugha asasnya adalah yg berwarna kelabu gelap itu. Kemudian di tambah 'lauk' dgn telu